Selasa, 08 Februari 2011

BADAL HAJI - Seorang untuk satu badal haji sahaja Oleh FIRMAN ALLAH · 9 jam yang lalu

  بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

PERKARA : UPAH @ BADAL HAJI
ISLAM membenarkan untuk waris-waris si mati membayar upah haji bagi melaksanakan hasrat arwah ayah dan ibu mereka melalui jalan melantik seorang wakil yang layak (dengan syarat-syaratnya) berdasarkan kepada dalil dari hadis seperti di bawah ini:-

HADIS 1
Telah berkata seorang perempuan kepada Rasulullah Saw: "Ya Rasulullah, bahawasanya bapa saya telah sampai kewajibannya mengerjakan haji di waktu dia telah tua, dan dia tidak kuasa (mampu) menunggang untanya?" Jawab Rasulullah Saw: "Kalau begitu engkau kerjakanlah haji ganti untuknya". - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

HADIS 2
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya seorang perempuan dari suku bangsa Juhainah datang kepada Rasulullah Saw dan bertanya: "Ya Rasulullah, ibuku telah bernazar untuk berhaji, namun belum dia sempat mengerjakan haji dia telah meninggal dunia. Adakah boleh saya gantikan Haji untuknya?" Jawab Rasulullah Saw: "Ya, Hajikanlah dia, jika ada ibumu berhutang, tidakkah engkau akan membayarkan untuknya? Bayarlah, kerana hak Allah (bagi sesorang Muslim yang telah bernazar mengerjakan Haji)  itu lebih berhak untuk dibayar". Hadis Riwayat Bukhari.

KETERANGAN DARI HADIS
Hadis di atas dengan jelas memberitahu seseorang yang telah memenuhi syarat untuk mengerjakan haji tetapi atas sebab tua atau uzur (tidak sihat dan sukar untuk sembuh), atau meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan Haji, maka anak-anaknya (lelaki atau perempuan) boleh berbuat manasik haji itu bagi pihak dirinya.

Orang yang layak untuk di Upah Haji @ Badal Hajikan adalah:-
1 - Orang itu telah penuhi syarat kerjakan haji tetapi tidak dapat berbuat kerana terlalu uzur. Dalam kata lain, dia telah menunjukkan keinginan dan berusaha untuk pergi ke haji.

2 - Orang itu telah bernazar tetapi terlebih dahulu meninggal dunia.

3 - Sebagai anak yang soleh yang kasih dan sayang kepada orang tua mereka yang telah pergi awal meninggalkan mereka, yang mana kita tahu tidak sempat mereka itu mengerjakan haji. Dalam hal seperti ini, soal Allah terima atau tidak itu, biarlah Allah yang menentukannya ~Wallahualam~

KEUTAMAAN HAJI
Haji adalah Rukun Islam kelima dan difardhukan kepada semua umat Islam yang telah baligh, sihat tubuh badan dan mampu pula menyediakan belanja ke sana. Sebenarnya alasan tidak MAMPU kerana TIADA WANG itu sudah tidak berapa relevan pada zaman ini. Kebanyakan orang Islam itu ada tanah dan emas untuk diguna sebagai ganti belanja menunaikan fardhu Haji ke Baitullah.

Cuma masalahnya, ramai pula di antara kita ini begitu kasihkan hartanya. Sayangkan hartanya sehingga terabai fardhu Haji yang wajib ke atas dirinya itu. Sekembalinya Kerahmatullah nanti bertemu Allah, orang yang seperti ini adalah 'MUFLIS' di sisi Allah. Alasan tidak mampunya itu tidak lagi Allah pedulikan. Nauzubillahhiminzalik.

Oleh itu Muslimin dan Muslimat, daftarlah dengan Tabung Haji atau segeralah berunding dengan mana-mana Agensi Pelancongan Islam yang menganjurkan Ibadah Haji bagi menyertai mana-mana pakej Haji mereka sementara kita masih hidup ini.

Andaikata, ada antara arwah ibu dan bapa kita yang telah meninggal dunia dan tidak sempat mereka ke Baitullah mengerjakan Haji mungkin kerana belum sampai KUOTA mereka atau belum mampu ketika itu, atas dasar kasih dan sayangnya kita kepada mereka yang telah melahir dan membesarkan kita, maka war warkanlah kepada semua adik beradik kita, supaya dapat dikumpulkan sejumlah WANG dari mereka yang terdekat bagi tujuan melaksanakan Badal Haji@Upah Haji buat mereka. Itu tanda dan bukti kasih sayang  kita kepada awrah.

Di www.goumrah.com, bayaran untuk melaksanakan Badal @ Upah Haji adalah RM1,500 untuk 1 Haji + Umrah + Sijil dan Hadiah. Bagimanapun TAWARAN ISTIMEWA untuk pengunjung page FIRMAN ALLAH adalah pada RM1,400 sahaja dan ia menggunakan kaedah 1st come 1st serve. Ini adalah kerana, upah Haji adalah ibadah yang mesti dilaksanakan oleh seorang baligh (cukup umur) yang telah pernah menunaikan haji bagi dirinya sendiri. Bagi tujuan ini perlu segera ditempah mereka itu (pelajar-pelajar di Makkah dan Madinah) dari sekarang. Harap Maklum.

Untuk tempahan sila klik www.goumrah.com dan kemudian klik button Upah Haji 2011. Sila nyatakan anda adalah pengunjung page Firman Allah untuk menikmati diskaun RM100 itu. Terima kasih.

TERBAIK - Anak anak arwah sendiri lelaki atau perempuan yang buatkan badal Haji untuk arwah ayah dan ibu mereka

Tidak ada komentar:

Posting Komentar